Bila aku kaji kaji balik. Kata kata lelaki tak boleh dipercayai. Nak kata aku dah terkena mmng dah bnyak kali. TAPI bukan dengan lelaki sebarangan, dengan abang aku sendiri. Well, mula nya aku bodoh lagi. Aku taktau mcm mana kata kata mereka berfungsi.
Abang aku guna helmet aku pastu hilang. Aku suruh dia beli dan ganti sbb helmet tu aku beli guna duit aku sendiri. Aku suruh dia ganti, dia kata "ha ok ok nnti aku ganti la". Ini ayat pertama yg tidak boleh dipercayai. Memandangkan aku ni seorang yg berhati lembut aku percaya kata2 dia dan mmberi dia peluang. Lama punya lama tak ganti2 jugak. Aku selalu marah dia suruh ganti tapi mcm tu jugak ayat dia "ha ok ok nnti aku ganti". Sakit hati beb tapi aku biarkan. Sampai sekarang tak ganti2 mmng jahanam. Sebenarnya ini bukan kali pertama helmet aku hilang. Dah banyak kali. Dihilang kan oleh dia. hrmm
Ok kalau ada lelaki yang kata "ok nanti aku beli" Ini ayat kedua yang tidak boleh dipercayai. Aku kalau dengaq lelaki ckp ayat ni aku dah mula menyampah sbb aku tau apa kesudahan nya. Makna kata aku sudah lali dgn ayat tu. Tetapi kalau laki tu mmng beli apa yg dia ckp tu kira untung la sbb lelaki tu ingat apa yg dia ckp.
Bila tengok balik , ayat ayat atau kata kata yang keluar dari mulut lelaki adalah utk menyedapkan hati para wanita. Itu senjata bagi lelaki. PEREMPUAN! jangan terpedaya dengan helah kolot mereka ini atau helah ini aku namakan "Teknik Pukau". Tak dapat dinafikan yang lelaki mmng pandai mengunakan kata kata mereka utk memperbodohkan para wanita hanya dengan kata kata dusta mereka tu. Tapi kadang2 lelaki guna senjata ni BUKAN utk bodohkan perempuan, kadang tu tak terlintas atau berniat pun nak buat mcm tu cuma nak selamatkan diri dari sesuatu perkara. Misalnya, kalau perempuan tgh marah, mereka akan jadi tak tenang dan geram tapi oleh sbb nak jaga hati perempuan yg marah tu mereka mnggunakan "Teknik Pukau" utk elak dari dimarahi lagi. hang tau kan , perempuan kalau marah mcm mana.
Tapi ini kelemahan lelaki yang sebenarnya kekuatan bagi wanita. Kebanyakkan lelaki yang guna teknik ini utk mengelak dari masalah adalah tidak peka. Apabila mereka mngeluarkan kata2 kpd perempuan sbenarnya kata2 itu spontan ja. Bila spontan depa takkan ingat apa yang depa ckp yang depa tau cuma nak lepaskan diri. Biadap bukan? Bila lelaki tak ingat apa yg dikata, perempuan akan ingat kata kata tu sampai bilabila. Contoh, L bagitau dekat P yang P gemok secara spontan. Selepas 3 tahun, P akan ingat apa yang dikata L 3tahun lepas sedangkan L tidak ingat apa apa.
Tolong lah lelaki ! kalau nak guna teknik ni, make sure hati2. Sebab perempuan sgt peka dgn setiap kata kata yg lelaki ckp. Walaupun 1 perkataan. 1 PERKATAAN.
Girls ! jangan la benak sgt dok dengar ckp laki. Aku tak heran bila tgk perempuan tu ikut ja apa yg laki tu kata. Mungkin perempuan tu dah termakan dgn "Teknik Pukau".
Tapi mcm mana pun, teknik ini akan memakan diri sendiri.